Gambar

*MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PEMBINAAN BANGUNAN PEJABAT KORPORAT & PUSAT AGROMAKANAN FAMA* 30 November 2020 (Isnin), 10.00 Pagi, Bilik Tan Sri Mustafa Jabar, Aras 8, Menara LPP Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal memiliki sebuah pejabat korporat baharu yang akan dibina di Kelana Jaya, Selangor dengan kos pembinaan berjumlah RM220 juta, dijangka siap pada tahun 2025.

30 November 2020 (Isnin), 10.00 Pagi, Bilik Tan Sri Mustafa Jabar, Aras 8, Menara LPP

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal memiliki sebuah pejabat korporat baharu yang akan dibina di Kelana Jaya, Selangor dengan kos pembinaan berjumlah RM220 juta, dijangka siap pada tahun 2025.

Bangunan tersebut akan menjadi mercu kejayaan FAMA selama ini yang telah membangunkan pemasaran pertanian negara dan berjaya membimbing ramai usahawan sehingga ke peringkat global. Sehingga Oktober 2020, FAMA telah membangunkan sebanyak 2,493 Outlet Pemasaran, melibatkan seramai 54,123 usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM1.764 bilion (Januari-Oktober 2020). 

Sesi menandatangani perjanjian pembinaan Bangunan Pejabat Korporat dan Pusat Agromakanan FAMA melibatkan beberapa pihak iaitu Kerajaan Malaysia diwakili oleh YBhg. Dato' Haslina bt Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan  YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA. 

Mewakili Syarikat Tanah & Harta Sdn. Bhd. ialah YBrs. Dr. Khairus Masnan Bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan syarikat pemaju diwakili oleh YBhg. Dato’ Kristoffer Nyuak Bajok, Pengarah Urusan Syarikat Cita Information System Sdn Bhd. 

Perjanjian ini disaksikan oleh YB Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Pertanian & Industri Makanan dan YB Dato’ Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA. 

Turut hadir YBrs. Puan Azulita Binti Salim, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang dan YBrs. En. Eliyas bin Saad, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian yang merangkap Ahli Lembaga Pengarah FAMA serta pegawai-pegawai kanan MAFI dan FAMA.