GALAKAN PASARAN LUAR NEGARA

INSENTIF KEPADA USAHAWAN

  • Menyediakan bahan promosi bercetak kepada usahawan sebagai sokongan aktiviti
  • Menyediakan ruang dan tapak kepada usahawan melalui penganjuran kempen/ekspo/karnival/pesta
  • Membuat publisiti kepada usahawan melalui media cetak dan media elektronik seperti Facebook, Instagram,Youtube dan Twitter 

 

KRITERIA PERMOHONAN

Skop Perkhidmatan: PENYERTAAN DALAM PAMERAN PERDAGANGAN/PENGGUNA DOMESTIK

  • Usahawan perlu didaftar dengan FAMA
  • Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan
  • Berkeupayaan untuk membekal produk yg diperlukan
  • Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya Enterprise atau Usahawan Tahap 4

 

Skop Perkhidmatan: PROGRAM  DAN KEMPEN ANJURAN FAMA

  • Usahawan perlu didaftar dengan FAMA
  • Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan
  • Berkeupayaan untuk membekal produk yg diperlukan

 

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang penyertaan di laman web FAMA atau permohonan secara bertulis kepada Bahagian Galakan Pasaran Dalam Negara