Galakan Pasaran Dalam Negara

  1.  Galakan Produk Segar Tempatan

Terdapat dua buah kempen dan aktiviti yang dipromosikan oleh FAMA dalam program ini iaitu Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan di peringkat sekolah dan Program Promosi Produk Segar Tempatan. Tujuan program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran pengguna berkaitan produk hasil pertanian Malaysia terutamanya di kalangan para pelajar sekolah dan institut pengajian awam serta swasta. Selain itu, program ini juga dilaksanakan untuk meningkatkan permintaan terhadap buah-buahan atau sayur-sayuran tempatan terpilih oleh pengguna. Kempen dan aktiviti sebegini dapat membantu mengatasi masalah lambakan pengeluaran di pasaran, seperti buah mangga dan cili.

  1.  Kempen Produk Tempatan Negeri

Kempen Produk Tempatan Negeri merangkumi aktiviti promosi bagi produk segar dan produk proses yang merupakan produk juara di negeri masing-masing melalui rangkaian outlet pasaran FAMA seperti Pasar Tani, My Best Buy, Agrobazaar KLIA 2 dan program anjuran pihak luar.

  1. Pengiklanan melalui Media Sosial, Media Cetak dan Media Elektronik

Aktiviti pengiklanan dilaksanakan untuk mempromosikan produk segar dan produk industri asas tani melalui pembangunan resepi bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna.

Medium pengiklanan yang digunakan adalah media sosial seperti Facebook, Instragram, Twitter, media elektrik seperti radio dan televisyen serta media cetak seperti majalah dan surat khabar.

  1.  Bahan Promosi

Bahan promosi adalah penting bagi menyampaikan maklumat kepada pengguna berkaitan program, aktiviti dan kempen yang ingin diperkenal oleh FAMA, contohnya seperti kempen labu, kempen mangga harumanis dan lain-lain dengan menggunakan bunting, banner, flyers, cenderahati dll.

Pages: 1  2  3  4