Galakan Pasaran Dalam Negara

PENGENALAN
Galakan Pasaran Dalam Negara berperanan dalam membangun, mengukuh dan meluaskan saiz pasaran serta meningkatkan penggunaan produk agromakanan melalui kempen dan promosi.

OBJEKTIF
Objektif utama adalah membantu meningkatkan penggunaan per kapita agromakanan penduduk Malaysia. Pelbagai aktiviti kempen kesedaran bagi meningkatkan penggunaan hasil pertanian tempatan khususnya buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan herba serta produk asas tani melalui penyertaan dan penganjuran karnival, ekspo serta pesta.

Yang berikut merupakan program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun  oleh Bahagian GPDN:

    1. Penganjuran Program Galakan Pasaran
       
    2. Penyertaan Pameran Perdagangan/Pengguna Peringkat Domestik
    3. Galakan Produk Segar Tempatan
    4. Kempen Produk Tempatan Negeri
    5. Pengiklanan melalui Media Sosial, Media Cetak dan Media Elektronik
    6. Penerbitan Bahan Promosi

 

  1. Penganjuran Program Galakan Pasaran

Program FAMA Fruit, Flower and Food Fiesta (FAMA Fest) dan Pesta Orkid, Flora dan Herba merupakan acara tahunan FAMA. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mewujudkan luang dan rangkaian pasaran serta meningkatkan pendapatan kepada kumpulan sasar terutamanya usahawan dan para petani, Selain itu, ia juga mewujudkan kerjasama strategik di antara FAMA dan jabatan/ agensi lain membangunkan pemasaran hasil-hasil pertanian negara.

 

Konsep yang ditampilkan bagi kedua-dua program ini adalah konsep jualan dan pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta serta usahawan yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pada harga yang munasabah serta mampu dibeli oleh pengguna. Program ini juga mengetengahkan kluster jualan produk segar, florikultur terutamanya orkid dan jualan produk industri asas tani.

 

Selain itu, kluster jualan makanan popular dan food truck turut diketengahkan selaras dengan trend semasa perniagaan berasaskan makanan. Aktiviti-aktiviti tarikan pengunjung seperti persembahan dan acara pentas, pameran perkhidmatan rakyat/swasta, pameran haiwan kesayangan serta ikan hiasan dan lain-lain turut diadakan bagi memeriahkan program dan menarik lebih ramai pengunjung hadir ke program ini.

 

Pages: 1  2  3  4