GALAKAN PASARAN DALAM NEGARA

PENGENALAN
Galakan Pasaran Dalam Negara berperanan dalam membangun, mengukuh dan meluaskan saiz pasaran serta meningkatkan penggunaan produk agromakanan melalui kempen dan promosi.


OBJEKTIF
Objektif utama adalah membantu meningkatkan penggunaan per kapita agromakanan penduduk Malaysia. Pelbagai aktiviti kempen kesedaran bagi meningkatkan penggunaan hasil pertanian tempatan khususnya buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan herba serta produk asas tani melalui penyertaan dan penganjuran karnival, ekspo serta pesta.

Yang berikut merupakan program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun  oleh Bahagian GPDN:

  1. Penganjuran Program Galakan Pasaran
  2. Penyertaan Pameran Perdagangan/Pengguna Peringkat Domestik
  3. Galakan Produk Segar Tempatan 
  4. Kempen Produk Tempatan Negeri
  5. Pengiklanan melalui Media Sosial, Media Cetak dan Media Elektronik
  6. Penerbitan Bahan Promosi
     

IMPAK PROGRAM

  1. Meningkatkan pendapatan petani dan usahawan
  2. Meningkatkan ekonomi negara dan mengurangkan defisit pendagangan luar Malaysia
  3. Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada usahawan, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia
  4. Mempromosikan produk-produk usahawan bimbingan MOA dan Jabatan/Agensi ke pasaran dalam & luar negara
  5. Memperluaskan pasaran produk tempatan ke pasaran eskport
  6. Meningkatkan jaringan perniagaan di dalam & luar negara
  7. Mendedahkan usahawan bimbingan MOA dan Jabatan/Agensi ke pasaran luar & Asia khasnya
  8. Mempelajari teknologi, produk, inovasi baru dari dalam & negara luar
     

INSENTIF KEPADA USAHAWAN

  1. Menyediakan bahan promosi bercetak kepada usahawan sebagai sokongan aktiviti
  2. Menyediakan ruang dan tapak kepada usahawan melalui penganjuran kempen/ekspo/karnival/pesta
  3. Membuat publisiti kepada usahawan melalui media cetak dan media elektronik seperti Facebook, Instagram,Youtube dan Twitter


KRITERIA PERMOHONAN

  1. Skop Perkhidmatan 1:
    Penyertaan Dalam Pameran Perdagangan/Pengguna Domestik
    1. Usahawan perlu didaftar dengan FAMA
    2. Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan
    3. Berkeupayaan untuk membekal produk yg diperlukan
    4. Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya Enterprise atau Usahawan Tahap 4
       
  2. Skop Perkhidmatan 2: 
    Program  Dan Kempen Anjuran Fama 
    1. Usahawan perlu didaftar dengan FAMA
    2. Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan
    3. Berkeupayaan untuk membekal produk yg diperlukan
       

CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang penyertaan di laman web FAMA atau permohonan secara bertulis kepada Bahagian Galakan Pasaran Dalam Negara atau Pejabat FAMA Negeri.