makluman

** Halaman ini dalam proses pengemaskinian. Harap maklum.

LATAR BELAKANG

Bahagian Galakan Pasaran terdiri dari 3 cawangan iaitu Cawangan Galakan Pasaran Dalam Negara, Cawangan Galakan Pasaran Luar Negara dan Cawangan Pembangunan Eksport. Bahagian ini berperanan dalam membangun, mengukuh dan meluaskan saiz pasaran serta meningkatkan penggunaan produk agromakanan di pasaran domestik dan eksport melalui :

  • Penganjuran Program Galakan Pasaran
  • Penerokaan Pasaran
  • Pengukuhan Pasaran
  • Penyertaan Pameran Perdagangan/ Pengguna
  • Kempen Produk Segar Dan Produk Proses
  • Membimbing Usahawan Eksport
  • Bahan Promosi dan Pengiklanan