FUNGSI BAHAGIAN
  • Merancang pelaksanaan program di bawah projek khas FAMA dan juga Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan matlamat organisasi dapat dilaksanakan dan dicapai
  • Merancang pelaksanaan projek/program baharu dan sedia ada berkaitan Anak Syarikat bagi memastikan pelaksanaannya mengikut objektif yang telah ditetapkan
  • Merancang pemantauan dan penyelarasan pemasaran hasil pertanian dan agromakanan negara agar projek pemasaran dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan
  • Merancang mesyuarat berkaitan projek atau program secara berkala agar setiap Agensi/Negeri/Bahagian dan Anak Syarikat dapat melaksanakan sasaran yang telah ditetapkan