FUNGSI BAHAGIAN

Khidmat Pemasaran Segar
Fungsi utama Khidmat Pemasaran Segar adalah seperti berikut:

  • Memasarkan hasil keluaran produk segar di dalam dan luar negara melalui FAMA dan usahawan pemasar;
  • Memastikan bekalan makanan mencukupi di dalam negara melalui pengukuhan bekalan ladang kontrak dan import;
  • Membangunkan rantaian pemasaran industri buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan florikultur; dan
  • Membekalkan bahan makanan kepada pasaran pada harga yang kompetitif bagi mengurangkan bebanan pengguna akibat kenaikan kos sara hidup. 
     

Khidmat Pemasaran Industri Asas Tani (IAT)
Fungsi Pemasaran Industri Asas Tani (IAT):

  • Memperluaskan saiz pasaran produk Industri Asas Tani
  • Pembangunan penjenamaan, pembangunan kualiti (pensijilan, pembungkusan dan pelabelan), promosi dan penembusan pasaran.
  • Memperkasa pasaran produk IKS agar mampu berdaya saing di pasaran domestik dan global.