FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi-fungsi utama Cawangan Audit Dalam Lembaga dalah seperti berikut:

  • Mengkaji dan menilai sistem-sistem dan prosedur –prosedur organisasi bagi menentukan kawalan dalaman mencukupi dan berkesan.
  • Mengkaji samada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan berkuatkuasa dipatuhi
  • Mengkaji dan menilai operasi-operasi organisasi dari segi kecekapan, keberkesanan, keekonomian dan kesesuaian
  • Mengemukakan penemuan-penemuan audit kepada Ketua Pengarah melalui laporan-laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya.
  • Menyusuli semua laporan / pemerhatian audit yang dibangkitkan.
  • Memberi cadangan / syor bagi memperbaiki operaso organisasi demi meningkatkan tahap akauntabiliti dan pengurusan kewangan.
  • Mengemukakan Laporan Audit Dalam kepada Jawatankuasa Audit.
  • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Audit Tahunan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan.
  • Memberi maklumat Bahagian Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan, Perbendaharaan Malaysia apabila perlu, bagi membantunya mengkaji semula dan memperbaiki dasar-dasar umum kewangan, sistem-sistem, prosedur-prosedur serta skop audit dalam.