FAMA MobileComm FAMA MobileComm

PERASMIAN UNIT FAMA MOBILECOMM

Susulan daripada hasrat YAB Perdana Menteri untuk menjadikan tahun 2017 sebagai Year of Delivey yang perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat, FAMA menyambut hasrat YAB Perdana Menteri ini dengan pelaksanaan pelbagai program tahunan. Ianya dapat diperkukuhkan lagi dengan system penyampaian secara bergerak yang akan menyebarluaskan maklumat berkaitan perkhidmatan FAMA kepada masyarakat setempat. Oleh itu, Pengurusan FAMA telah mewujudkan Unit FAMA MobileComm sebagai satu inisiatif untuk mencapai matlamat tersebut.


OBJEKTIF

  1. Memperkukuhkan sistem penyampaian secara bergerak dengan menyebarkan maklumat dasar-dasar dan perkhidmatan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA).
  2. Menghebah, memberi penerangan dan mewar-warkan serta mempromosikan program-program FAMA kepada kumpulan sasar seperti petani, penternak, nelayan, usahawan dan seluruh rakyat Malaysia.
  3. Menyampaikan maklumat pelaksanaan Dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) kepada rakyat khususnya golongan muda.
  4. Menghubungkan FAMA selaku agensi pemasaran hasil pertanian di bawah MOA dengan rakyat Malaysia.
  5. Mendapatkan maklumbalas dan aduan pelanggan daripada golongan petani, penternak, nelayan dan usahawan serta rakyat tentang perkhidmatan-perkhidmatan FAMA dan MOA. 


KONSEP PELAKSANAAN OPERASI

Unit FAMA MobileComm akan beroperasi dengan tiga kaedah pelaksanaan iaitu : 

  1. Hebahan / Pengumuman secara bergerak
    Unit FAMA MobileComm akan bergerak ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan dan hebahan / pengumuman mengenai program-program FAMA terus dibuat melalui pembesar suara kepada orang ramai. Konsep ini melibatkan komunikasi satu hala sahaja di mana tiada interaksi bersama orang ramai.
     
  2. Hebahan / Pengumuman di Lokasi
    Unit FAMA MobileComm akan berhenti di lokasi tertentu (cth : Pasar tani, Agrobazaar Kedai Rakyat, RTC, dll) dan hebahan serta penerangan mengenai program-program FAMA akan dibuat di lokasi. Peralatan siaraya mudah alih akan dipasang di lokasi yang terlibat dan interaksi bersama orang ramai juga boleh dilaksanakan.
     
  3. Kaunter Bergerak untuk memberi perkhidmatan kepada Golongan Sasar
    Unit FAMA MobileComm akan memberikan maklumat terkini mengenai program-program dan bantuan yang disediakan oleh pihak MOA dan FAMA kepada usahawan dan rakyat.  Permohonan untuk bantuan-bantuan dan perkhidmatan di bawah MOA dan FAMA juga boleh dipohon melalui pembukaan kaunter tersebut.


Dengan pelaksanaan Unit FAMA MobileCommini ia merupakan kaedah penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dengan kos minima, serta merupakan kaedah untuk mendapatkan maklumbalas secara terus daripada sumber.

 

FAEDAH PROJEK

  1. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap program-program yang dilaksanakan oleh FAMA & MOA.
  2. Masyarakat dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara terus dengan pegawai-pegawai FAMA yang terlibat di lapangan
  3. Bertindak sebagai saluran untuk menyampaikan aduan dan pandangan kepada Agensi MOA, FAMA dan lain-lain Jabatan Agensi luar.
  4. Meningkatkan imej FAMA.
  5. Penjimatan kos disebabkan peralihan daripada konsep sewaan kepada konsep mobile.
  6. Membolehkan aksess ke kawasan terpencil dan ladang.
  7. Memberi kemudahan kepada Jabatan/Agensi lain di bawah MOA untuk turut menggunakan kemudahan ini untuk membuat hebahan informasi.