Latar Belakang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta 141 merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri makanan dan asas tani.

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut: 

  1. Pembangunan luang pasaran
  2. Pembangunan infrastruktur pemasaran
  3. Pembangunan keusahawanan
  4. Pembangunan pemasaran produk
  5. Pembangunan regulasi pemasaran