Cawangan Pendidikan Pemasaran menyediakan perkhidmatan latihan, kidmat nasihat, bimbingan dan perundingan dalam ilmu pemasaran agromakanan bagi tujuan:

  • Melahirkan usahawan yang berdaya saing dan memiliki daya tahan yang tinggi berteraskan pengetahuan, kemahiran, teknologi dan inovasi.
  • Mengurangkan kadar kerosakan lepas tuai daripada 30% - 50% kepada 10% - 30% disepanjang rantaian bekalan menerusi amalan - amalan baik dalam pemasaran.
  • Memperluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar menerusi amalan penjagaan kualiti dan penentuan gred untuk pasaran.

PERLAKSANAAN PROJEK (SKOP)

  • Khidmat Nasihat Dan Latihan Pengurusan Pemasaran Dan Perniagaan
  • Khidmat Nasihat Dan Latihan Amalan Pemasaran Baik Keluaran Pertanian
  • Khidmat Nasihat Dan Latihan Amalan Kualiti Dan Gred Keluaran Pertanian
  • Pembangunan Bahan Pendidikan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Usahawan FAMA (Peserta Kontrak Pemasaran, Khidmat Pemasaran (IAT), Peserta Pasar Tani, dan lain-lain)
  • Usahawan Agromakanan ( Produk sayur, buah dan Industri Asas Tani)
  • Usahawan Baru
CARA PERMOHONAN

Bagi kursus-kursus yang dibuka kepada umum, permohonan penyertaan perlu dibuat menerusi pautan permohonan dalam talian yang diberi.

Pengumuman perlaksanaan kursus akan dibuat menerusi Laman Web Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di
www.fama.gov.my dan di laman sosial rasmi Facebook Pendidikan Pemasaran FAMA di https://www.facebook.com/PendidikanPemasaranFAMA