Program latihan dan kursus merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan kemahiran, keupayaan, pengetahuan dan kecekapan kakitangan FAMA. Dengan menghadiri latihan dan kursus, kakitangan FAMA dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang perkara baharu yang dipelajari di tempat kerja. Hal ini boleh meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dan menambahbaik sikap pegawai sekaligus meningkatkan prestasi kerja dalam kalangan kakitangan FAMA yang secara langsungnya akan meningkatkan impak penyampaian perkhidmatan warga kerja FAMA kepada golongan sasar.

 

Cawangan latihan menyediakan perkhidmatan kepada Warga FAMA bagi tujuan:


Fungsi 1 : Berperanan merencana, mengkoordinasi, menyelaras dan melaksanakan program – program latihan kepada warga kerja FAMA agar warga kerja FAMA secara keseluruhannya adalah terlatih, kompeten dan berdaya saing dalam melaksanakan tugas.


Fungsi 2 : Berperanan sebagai penyedia fasiliti dan kemudahan latihan yang lengkap dan kondusif bagi penganjuran program – program latihan samada berbentuk seminar, dialog, in - house training, ceramah, konvensyen, dan pelbagai lagi.


Fungsi 3 : Berperanan merencana, mengkoordinasi, menyelaras dan melaksanakan program – program berkaitan pemantapan sistem pengurusan kualiti dan pembudayaan inovasi dalam organisasi.

Fungsi 4 : Berperanan mengelola, mengurus dan bertanggungjawab ke atas perjalanan Sekolah Pemasaran FAMA yang menumpukan kepada Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan selaras dengan ketetapan Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan.