Perkhidmatan

Perkhidmatan is temporarily unavailable.

Pengembangan Pasaran

Pengenalan  
Menerusi program pengembangan, ia akan memberi penumpuan kepada pengawalan dan penjagaan kualiti hasil pertanian di sepanjang rantaian pemasaran di mana dapat meningkatkan lagi nilai dan daya saing hasil pertanian negara. Di samping itu, FAMA sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta 141 seksyen 3 dan 12 akan memberi pendedahan dan penguatkuasaan kepada Peraturan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan) bagi setiap komoditi ke arah menambah nilai keluaran pertanian.

Matlamat
  • Meningkatkan kefahaman dan kepentingan penjagaan kualiti hasil pertanian di sepanjang rantaian pemasaran untuk menambah nilai dan daya.
  • Menggalakkan penghasilan produk yang selamat dimakan.
  • Menggalakkan pertanian sebagai suatu bidang perniagaan yang berjaya.
  • Meningkatkan kesedaran motivasi diri.


Fokus
  • Pengendalian Pasca Tuai
    Meliputi rawatan, penggredan, pembungkusan dan penyimpanan untuk mengekalkan kualiti supaya hasil dapat dipasarkan pada harga yang lebih baik dan pasaran yang lebih jauh termasuk eksport.
  • Pemasaran
    Ini meliputi pelbagai bidang pemasaran termasuk potensi pasaran kejurujualan termasuk peraturan perdagangan antarabangsa.
  • Pengurusan Perniagaan
    Bimbingan bermula dari perancangan untuk memulakan perniagaan hingga penilaian prestasi projek.
  • Motivasi dan Keusahawanan
    Program disusun untuk meningkatkan motivasi dan tahap keusahawanan supaya petani dan usahawan tani dapat terus bersaing dan menjadikan pertanian sebagai satu bidang perniagaan penting dan dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara

Kaedah Pelaksanaan

1. Latihan
  • Seminar
  • Bengkel
  • Kursus
  • Dialog
  • Dampingan melalui usahawan berjaya
  • Lawatan
  • Program simulasi

2. Penyebaran Maklumat
  • Media elektronik
  • Media cetak
  • Internet (Laman Web)

Kumpulan Sasar
  • Petani
    • Petani individu
    • Kumpulan petani di bawah MOA
    • Peserta kontrak pemasaran FAMA
  • Pemproses Industri Asas Tani
  • Peserta Pasar Tani
  • Peserta Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
  • Pemborong
  • Pengeksport