Pengeluaran Lesen Kelapa

Nama Lesen : Lesen Membeli Kelapa  
Bayaran Lesen : RM10.00 setahun
Peraturan yang terlibat : Rancangan Pemasaran Kelapa 1973
Keperluan Peraturan : Lesen
Tempoh sah Lesen : Satu tahun (Lesen tamat pada 31hb. Disember)
Kawasan dikuatkuasakan : Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Kelantan,  Terengganu,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Siapa Perlu Mendapatkan Lesen
  1. Membeli / pembeli buah kelapa atau kelapa kering atau kelapa patik dalam kawasan dikuatkuasakan
  2. Pembeli atau pemproses yang membeli buah kelapa daripada peladang kelapa sama ada kelapa kering atau buah kelapa atau kelapa patik lebih daripada 50 biji dalam kawasan dikuatkuasakan
  3. Pembeli yang membeli buah kelapa daripada pihak lain lebih daripada 50 biji dengan tujuan selain daripada menjual runcit dalam kawasan dikuatkuasakan.
  4. Sesiapa yang memiliki atau yang membuat perkiraan untuk mengangkut buah kelapa lebih daripada 100 biji, atau kelapa kering atau kelapa patik lebih daripada 60 kg (1 pikul) melainkan jika dibuktikan ia adalah peladang kelapa atau peruncit kelapa dalam kawasan dikuatkuasakan

Syarat-Syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM dan pemohon mempunyai syer saham dalam syarikat
  4. Syarikat yang dikuasai oleh warga asing disyaratkan pemohon mestilah warganegara Malaysia atau taraf penduduk tetap dengan memiliki pegangan saham minima 30% dalam syarikat atau jumlah pemilikan saham oleh warganegara Malaysia atau penduduk tetap berjumlah tidak kurang 30%
  5. Pemohon yang menjalankan perniagaan di dalam premis kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disyaratkan mempunyai Lesen PBT yang masih sah.
  6. Pemohon tidak bankrap


Cara Memohon

Permohonan Baru atau Permohonan Pembaharuan
Isi BORANG PERMOHONAN LESEN KELUARAN PERTANIAN (Borang LESEN2017) dan hantar ke Pejabat FAMA berhampiran di tempat pemohon. Borang percuma ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau FAMA Daerah atau MuatTurun Borang (Lain-lain Permohonan) dalam laman web FAMA. Panduan permohonan seperti berikut:

Permohonan Baru

  1. Borang LESEN2017 diisi dalam 2 salinan (tulisan huruf besar)
  2. Sertakan 1 salinan Kad Pengenalan (KP) pemohon
  3. Sertakan 2 keping gambar berwarna ukuran pasport
  4. Sertakan 1 salinan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Sertakan bayaran memproses permohonan lesen baru RM200 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang


Panduan Permohonan Pembaharuan Lesen

  1. Borang LESEN2017 diisi dalam 1 salinan (tulisan huruf besar)
  2. Sertakan salinan KP, SSM masih sah dan Kad Lesen Asal
  3. Permohonan pembaharuan lesen tidak dikenakan bayaran memproses