Agrobazaar K-Shoppe

PENGENALAN
Agrobazaar K-Shoppe merupakan outlet yang dimiliki oleh usahawan yang dinaiktaraf menjadi outlet di bawah bimbingan FAMA serta memfokuskan aktiviti permborongan dan peruncitan produk proses keluaran industri asas tani. 

OBJEKTIF

  • Sebagai satu saluran alternatif untuk pengguna mendapatkan produk IKS.
  • Sebagai satu platform kepada usahawan untuk bersaing di peringkat yang lebih terbuka.
  • Membantu usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka dengan konsep yang lebih teratur dan terurus.
  • Sebagai outlet jualan tetap produk berjenama AgroMas dan lain-lain.

FAEDAH YANG DITERIMA

  • Penyeragaman imej outlet peruncitan menerusi penyeragaman papan tanda, warna dalaman dan peralatan peragaan di dalam kedai.
  • Memperoleh pinjaman peralatan pemasaran bagi membantu mempelbagaikan aktiviti pemasaran di outlet.
  • Bantuan promosi dari semasa ke semasa termasuk penyediaan bahan promosi seperti bunting dan flyers.
  • Khidmat nasihat pemasaran dan pengeluaran.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA, mendaftarkan perniagaan dengan pihak SSM serta mempunyai lesen perniagaan yang terkini daripada pihak PBT. 
  • Lokasi yang dipilih mestilah strategik, menjadi tumpuan orang ramai, mudah untuk dikunjungi dan mempunyai kemudahan tempak letak kenderaan.
  • Ruang perniagaan dijadikan tempat pengumpulan dan pengedaran produk asas tani, keluaran tempatan dan HALAL.  
  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun. 
  • Pemberian perkhidmatan tertakluk kepada usahawan yang telah beroperasi lebih 6 bulan dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh FAMA dari semasa ke semasa. 

CARA PERMOHONAN
Pemohon boleh mengisi borang Perkhidmatan IAT yang diperolehi daripada Bahagian Pemasaran Industri Makanan (Pemasaran IAT) Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Muat turun borang permohonan disini.