FUNGSI BAHAGIAN

  1. Melaksanakan aktiviti penyelenggaraan iaitu memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan termasuklah kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan (sivil, elektrik, air dan mekanikal) dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan kualiti bangunan serta selamat digunakan.
  2. Melaksanakan kerja/projek menaiktaraf dan ubahsuai bangunan dan fasiliti sesuai dengan kehendak dan keperluan pengguna.
  3. Menyelaras, mengawal, menyelia dan merancang berbagai sumber bagi memastikan semua fasiliti FAMA sentiasa berada di dalam keadaan terurus, memenuhi peraturan dan akta yang ditetapkan dan selamat digunakan.
  4. Melaksana dan memantau pematuhan akta, peraturan dan prosedur berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebersihan.