FUNGSI BAHAGIAN

CAWANGAN PENTADBIRAN

  1. Unit Perolehan
    Memastikan tadbir urus perolehan dibuat secara sistematik dan telus dengan menambah baik proses perolehan yang melibatkan perolehan secara pembelian terus, sebutharga dan tender. Pengurusan perolehan di FAMA adalah tertakluk kepada pekeliling-pekeliling kerajaan yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perolehan Kerajaan (PK1 – PK8) dan Pekeliling Pengurusan Wang Awam (WP 7.5) iaitu Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan. 
     
  2. Unit Pentadbiran Am
    1. Pengurusan Kemudahan Perbelanjaan Rawatan Perubatan
    • Kemudahan perbelanjaan rawatan dan perubatan yang diuruskan adalah kepada semua kakitangan FAMA yang bertaraf tetap, kontrak dan projek serta kepada pesara FAMA. Setiap perbelanjaan di bawah kemudahan ini dilaksanakan mengikut garis panduan serta pekeliling kerajaan yang berkuat kuasa.
       
    1. Pengurusan Kemudahan Pembiayaan 
      • Kemudahan pembiayaan kenderaan dan komputer/telefon pintar (smartphones) disediakan oleh FAMA bagi kakitangan yang layak. Selain itu, permohonan pembiayaan perumahan oleh pegawai dan kakitangan FAMA kepada pihak LPPSA juga diuruskan oleh unit ini.
         
    2. Pengurusan Tempahan Tiket Kapal Terbang untuk Domestik dan Luar Negara
      • Unit ini juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tempahan tiket kapal terbang kepada pegawai dan kakitangan bagi penerbangan domestik dan luar negara. Pengurusan kemudahan perjalanan udara rasmi ini dilaksanakan mengikut kepada pekeliling telah berkuat kuasa.
         
    3. Pengurusan Tabung Kebajikan Kakitangan FAMA
      • Tabung Kebajikan Kakitangan FAMA diwujudkan untuk membantu hal-hal berkaitan kebajikan kakitangan FAMA di samping memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di kalangan kakitangan FAMA. Kadar minimum sumbangan adalah RM1.00 sebulan dan semua kakitangan digalakkan membuat sumbangan ke tabung ini melalui kaedah potongan gaji. Skop penyaluran sumbangan oleh Tabung Kebajikan Kakitangan FAMA adalah kepada kakitangan (ahli) yang ditimpa musibah seperti bencana alam, kebakaran, kecurian, kemalangan, khairat kematian kepada waris dan ahli, golongan asnaf (fakir/miskin), uzur/mempunyai penyakit kronik, kurang berkemampuan dan lain-lain.
         
    4. Pengurusan Pengagihan Zakat Perniagaan
      • Pengagihan Zakat Perniagaan akan diberikan kepada kakitangan dan pesara FAMA yang terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin, muallaf, gharimin dan fisabilillah.
         
    5. Pengurusan Perlindungan Insuran Nyawa 
      • Perlindungan Insuran Nyawa disediakan kepada semua kakitangan berstatus tetap, kontrak dan projek merangkumi perlindungan untuk kematian, keilatan kekal menyeluruh dan keilatan separa kekal serta Khairat Kematian.
         
    6. Pengurusan Pencalonan Pingat  dan Darjah Kebesaran 
      • Pengurusan Pencalonan Pingat dan Darjah Kebesaran yang diuruskan adalah untuk kakitangan yang dicalon dan diperakui oleh Ketua Pengarah FAMA, Ketua Setiausaha Kementerian serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
         
  3. Unit Pengurusan Kenderaan
    • Membuat perancangan bagi pembelian baru, baikpulih, penyelenggaraan, pemindahan, agihan dan pelupusan semua aset kenderaan pejabat dan komersil.
    • Mengurus urusan berkaitan dengan pihak JPJ dan Puspakom. 
    • Mengurus kad Touch n Go dan kad Minyak kegunaan pemandu semasa bertugas.
    • Mengawalselia peraturan dan tatacara pengurusan kenderaan mengikut garis panduan serta pekeliling kerajaan yang berkuat kuasa.
    • Menguruskan Insurans Fleet Motor Kenderaan Penumpang dan Perdagangan.


Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.