Syarat-Syarat Menyertai

  • Individu perseorangan / kelompok petani / syarikat
  • Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan / sewaan yang sah di sisi undang-undang
  • Terlibat secara langsung atau sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan
  • Mempunyai modal kerja yang mencukupi

Cara Memohon
Permohonan untuk menyertai Program Ladang Kontrak boleh dibuat melalui semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan yang berdekatan :-

Faedah Ladang Kontrak
Petani
:

  • Petani mendapat jaminan pasaran dan meningkatkan pendapatan ke atas produk yang dikeluarkan.
  • Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada Jabatan dan Agensi berkaitan
  • Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli pertubuhan peladang kawasan.
  • Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.

Pembeli:

  • Mendapat bekalan yang berkualiti dan berterusan pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran.