Latar Belakang:

FAMA Corporation Sdn. Bhd atau FAMACORP merupakan anak syarikat kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), sebuah agensi pemasaran di bawah MAFI. Syarikat ini telah diperbadankan pada 15 Ogos 1994.

 

FAMACORP berperanan untuk mewujudkan pemangkin dan pembolehdaya suasana sedemikian rupa supaya pemasaran komoditi, produk keluaran pertanian dan industri asas tani dapat berkembang di dalam dan luar negara yang seterusnya mampu meningkatkan daya saing usahawan ke peringkat yang lebih baik.

 

Objektif:

Menjadi pemangkin untuk memaksimum pengeluaran produk pertanian dan hortikultur industri asas tani tempatan serta memaksimum penggunaannya dalam industri berasas pertanian negara.

Misi syarikat adalah untuk memposisi produk pertanian dan hortikultur tempatan sebagai produk pilihan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

 

 

Fungsi Bahagian:

Eksport:

Memasarkan dan mengedarkan produk makanan dan minuman jenama AGROMAS dan ANGGEREK dan memperkasakan lagi jenama ini ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

 

Import:

Melaksanakan aktiviti mengimport hasil pertanian segar seperti kobis dan kelapa.

 

Original Equipment Manufacturer (OEM):

Kilang Kopi FAMA Banting memberi peluang untuk perkhidmatan OEM kepada syarikat yang berminat.

 

Peruncitan:

Rangkaian outlet runcit yang berperanan untuk memasarkan produk Industri Asas Tani dan produk keluaran jenama AgroMas sendiri. Berikut adalah rangkaian outlet Agrobazaar di bawah seliaan FAMACO:

  1. Agrobazaar Ara Kuda, Penang
  2. Agrobazaar Taman Sena Indah, Perlis
  3. Agrobazaar Kg. Sempering, Perlis
  4. Agrobazaar Chendering, Kuala Terengganu
  5. Agrobazaar Nyiur Tujuh, Kuala Terengganu
  6. Agrobazaar Permint Jaya, Kuala Terengganu
  7. Agrobazaar Sendayan, Negeri Sembilan
  8. Agrobazaar FAMA Point

 

 

Pegawai untuk dihubungi:

En. Mohd Ismail bin Amirudin

Tel: 03-61264200 (samb.4281)

Emel: mohd.ismail[at]famaco[dot]com[dot]my