OBJEKTIF

Objektif utama cawangan ini adalah untuk:

  • Membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pematuhan kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
  • Memeriksa dan mengkaji kelancaran serta kesesuaian perjalanan sistem kawalan dalaman Lembaga yang sedia ada. Seterusnya mengemukakan cadangan pembetulan bagi memperbaiki sebarang kepincangan yang dikenalpasti. Dalam masa yang sama, merangka dan mewujudkan sistem kawalan dalaman yang baru mengikut kesesuaian dan keperluan.
  • Membantu pihak pengurusan atasan menentukan program-program dan aktiviti-aktiviti diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian.
  • Sebarang kelemahan dan kecuaian yang dikenalpasti dalam setiap tugasan audit akan dibentangkan dengan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan pihak yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut, kepastian dan kebenaran; penemuan audit yang didedahkan akan disampaikan kepada Ketua Pengarah dan Jawatankuasa Audit.