FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Pemasaran Digital mempunyai empat cawangan yang berfungsi seperti berikut:
  1. Cawangan E-Marketing:
    Cawangan ini bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, dan menguruskan strategi pemasaran digital bagi produk pertanian dan agromakanan. Fungsi utama cawangan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran produk dan perkhidmatan melalui penggunaan pelbagai platform digital seperti laman web, media sosial, e-mel, dan pengiklanan dalam talian.
     
  2. Cawangan E-Commerce:
    Cawangan ini memberi fokus kepada pembangunan dan pengurusan platform e-dagang untuk produk pertanian dan agro makanan. Berfungsi untuk menguruskan laman web atau aplikasi e-dagang, memastikan kelancaran urusan jual beli dalam talian, serta menyediakan sokongan kepada usahawan pertanian dan agromakanan dalam penggunaan platform e-dagang.
     
  3. Cawangan E-Supply Chain:
    Cawangan ini berperanan dalam mengoptimumkan rantaian bekalan melalui kaedah pemasaran digital bagi produk pertanian dan agro makanan. Berfungsi bagi memantau aliran kewangan, stok, pengagihan produk, dan proses logistik melalui teknologi digital untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam penghantaran dan penerimaan produk pertanian dan agromakanan kepada pengguna.
     
  4. Cawangan E-Entrepreneur:
    Cawangan ini memberi tumpuan kepada pemegang taruh dan usahawan dalam sektor pertanian yang ingin memanfaatkan teknologi digital. Berfungsi dalam penyediaan latihan, sokongan perundingan, dan sumber untuk membantu usahawan pertanian dan agromakanan dalam membangun dan memperluaskan perniagaan mereka melalui pelbagai inisiatif digital.