OBJEKTIF

  • Meningkatkan penggunaan per kapita penggunaan Agro Makanan di pasaran domestik dan antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran perdagangan/pengguna /ekspo/karnival/pesta
  • Menyediakan luang pasaran kepada usahawan yang dianjurkan oleh FAMA seperti Empayar Makanan di MAHA, HPPNK, FAMAfest, Pesta Orkid, Flora dan Herba dan lain-lain
  • Meningkatkan pendedahan produk (product exposure) usahawan kepada pasaran domestik dan pasaran antarabangsa melalui aktiviti dan program promosi yang dijalankan oleh FAMA
  • Meningkatkan kesediaan (readiness) usahawan agro-makanan dalam mengeksport produk
  • Memberi kesedaran untuk meningkatkan minat dan penggunaan produk agromakanan melalui kempen yang dijalankan seperti Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan, Kempen Lebihkan Makan Cili Tempatan,dll
  • Membina jaringan urusniaga dengan mengaturkan dan menyelaraskan program pemadanan dan pengaturan perniagaan bagi usahawan yang berpotensi