OBJEKTIF


1.   Objektif Pembangunan Khidmat Pemasaran Ladang Kontrak (KPLK) 2.0 MAFI

•    Menghubungkan peserta projek pengeluaran dengan pasaran bagi memastikan hasil pengeluaran peserta program dapat dipasarkan.
•    Membantu usahawan pemasar mendapat bekalan terus daripada pengeluar hasil pertanian bagi menjamin penyaluran hasil pertanian segar ke pasaran secara berjadual dan berterusan;
•    Mengenalpasti dan membangunkan peserta pengeluaran yang berkebolehan untuk menjadi usahawan pemasar setempat.
•    Meningkatkan pendapatan peserta program.


2.  Objektif Pemadanan Pembekalan dan Pemasaran (RPKP)

•    Melancarkan pencapaian objektif utama Kontrak Pemasaran / Ladang Kontrak FAMA / MAFI iaitu dalam menjamin hasil pengeluaran peserta program dapat dipasarkan secara berjadual  / berterusan;
•    Membantu Bahagian Operasi FAMA membeli dan memasarkan hasilan program Ladang Kontrak;
•    Menjadi pembekal kepada rangkaian outlet-outlet bimbingan FAMA;
•    Merealisasikan peranan FAMA sebagai pemudahcara pemadanan;
•    Meningkatkan pendapatan peserta program.
 

3.   Objektif Pembangunan Infra, Pensijilan

i.    Objektif Pembangunan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL)

•    Sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran setempat hasil-hasil pertanian.
•    Sebagai platform bagi petemuan antara pengeluar, pemasar dan pengguna dengan menawarkan urusniaga secara pemborongan atau jualan runcit di PPL bagi mengurangkan lapisan perantaraan pasaran.
•    Meningkatkan kualiti hasil pertanian melalui aktiviti pengendalian lepas tuai yang betul.
•    Membantu pelaksanaan bagi aktiviti penggredan, pembungkusan, pelabelan (GPL)

ii.    Objektif Pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP)

•    Menyediakan peralatan yang bersesuaian bagi fasiliti pemasaran yang bertaraf GMP untuk pemprosesan buah – buahan tempatan terpilih;
•    Melaksanakan keperluan permohonan pensijilan GMP & HALAL di Pusat – Pusat Pemprosesan Buah – Buahan Segar FAMA yang terpilih;
•    Melaksanakan proses pembaharuan pensijilan GMP & HALAL di Pusat – Pusat Pemprosesan Buah-Buahan Segar FAMA bertaraf GMP yang terpilih.
 

4.    Objektif Pembangunan Luang Pasaran (Jualan Agro Madani)

•    Meningkatkan “accessibility “dan “availability” bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk produk segar pada kadar harga yang munasabah dan berpatutan “affordability “; 
•    Memberi luang pasaran tambahan dan meningkatkan pendapatan peserta program ladang kontrak dengan konsep jualan secara terus kepada pengguna;
•    Membantu mengurangkan lapisan perantara pasaran dari sumber pengeluaran kepada pengguna melalui penglibatan peserta projek projek bimbingan agensi agensi dalam program program jualan anjuran agensi agensi;
•    Memperlihatkan peranan agensi bawah MAFS membantu kerajaan melaksanakan program program untuk faedah rakyat dengan kaedah projek yang “quick win “(high impact projek cepat meluas dan low cost).