FUNGSI BAHAGIAN

  1. Merancang, menyelidik dan membangunkan teknologi pengendalian hasil pertanian lepas tuai dan rantaian pemasaran.

  2. Menyelaras perancangan dan perlaksanaan projek pembangunan infrastruktur, logistik dan kemudahan-kemudahan operasi pemasaran hasil-hasil pertanian FAMA.

  3. Menyelaras perancangan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan serta menaiktaraf semua infrstruktur, logistik termasuk kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam bangunan pejabat FAMA dan pusat operasi pemasaran FAMA.

  4. Memberi khidmat nasihat teknikal dan rujukan kejuruteraan kepada Bahagian, Cawangan, Unit-Unit Pengguna di FAMA dan lain-lain Agensi dalam perancangan pembangunan pemasaran dan pemprosesan.

  5. Merancang dan melaksanakan urusan pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan Bahagian Kejuruteraan.

  6. Merancang pembangunan organisasi dan sumber Bahagian Kejuruteraan.