Karavan Tani

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia (Tidak Termasuk Taraf Penduduk Tetap).

  • Usia Tidak Kurang 18 Tahun & Tidak Melebihi 60 Tahun semasa  memohon.

  • Memiliki Lori Jenis Luton Van/`Pick Up’ (Box) atau Lori Food Catering.

  • Usia lori tidak melebihi 15 tahun semasa memohon dan sekiranya usia lori melebihi 15 tahun, pihak FAMA Negeri perlu memastikan lori usahawan berada dalam keadaan baik dan di perakukan oleh Unit Pengangkutan FAMA Negeri melalui semakan Laporan terbaru daripada PUSPAKOM.

  • Memiliki sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D dan GDL yang sah. Jika tiada, sila kemukakan lesen memandu Kelas D dan GDL pembantu beserta surat kebenaran menggunakan lori tersebut.

  • Pengendali makanan wajib mengemukakan kad pelalian TYPHOID (TY2) atau sijil pengendalian makanan Bersama borang permohonan

  • Mesti mematuhi peraturan perniagaan oleh PBT dan Jabatan/Agensi berkaitan.

  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah mengepilkan kad pendaftaran OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

  • Kategori Usahawan Mengikut Keutamaan :

    • Usahawan Karavan Tani sedia ada

    • Usahawan di bawah bimbingan FAMA

    • Usahawan Penjaja Bergerak sedia ada
       

  • Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan  Karavan Tani yang disediakan dan mengemukakan ke Pejabat FAMA yang berhampiran.

         
INSENTIF PROJEK KARAVAN TANI
Insentif yang diberi kepada usahawan Karavan adalah seperti berikut :-

  • Menaiktaraf imej karavan yang terpilih dan berkeadaan baik.
  • Usahawan hanya boleh menerima sekali sahaja geran bantuan dan pinjaman peralatan yang di sediakan oleh FAMA.
  • Kemudahan untuk berniaga ditapak Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Medan Karavan FAMA dan lain-lain. (Bergantung kepada kekosongan).
  • Latihan & Kursus Keusahawanan yang di anjurkan oleh Bahagian Pembangunan Institusi Pemasaran.
  • Bantuan peralatan kepada peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) secara ‘one-off’: T-shirtt/ Apron/ Topi/ Alas Meja
     

CARA – CARA MEMOHON KARAVAN TANI
Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan Karavan Tani dan mengemukakan permohonan kepada Pejabat FAMA Negeri atau Daerah yang berhampiran. Borang penyertaan juga boleh di muat turun melalui laman web  FAMA: www.fama.gov.my dan mengisi permohonan secara atas talian melalui sistem agrobiz (www.agrobiz.fama.gov.my)

 

Dikemaskini pada 04 September 2023