Penggredan

Syarat Penggredan 

Keluaran Pertanian hendaklah digred :
a) Berpandukan spesifikasi gred Malaysian Standard (MS)
b) Jika keluaran pertanian tiada spesifikasi MS, hendaklah berpandukan kepada standard gred negara asal atau standard gred yang dinyatakan oleh Lembaga dari semasa ke semasa

Definisi Penggredan:
Mengkelaskan produk mengikut tahap kualiti berdasarkan spesifikasi piawaian gred yang ditetapkan – PREMIUM, 1 DAN 2.

Tujuan penggredan dilakukan:
  1. Mengasingkan produk mengikut kualiti.
  2. Mengikut kehendak pasaran.
  3. Mengurangkan kadar kerosakan lepas tuai.
  4. Menambah nilai
  5. Menjimatkan kos
  6. Mengelakkan ketidakadilan dalam urusniaga
  7. Meningkatkan kecekapan pemasaran melalui kaedah pemasaran yang cekap.
  8. Meningkatkan disiplin dalam sistem urusniaga untuk memastikan hasil berkualiti dijual kepada pengguna.
  9. Mempercepatkan proses transaksi untuk memenuhi citarasa dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah.

Pengelasan Gred
Produk dikelaskan kepada 3 gred iaitu;
  1. Gred Premium
  2. Gred 1
  3. Gred 2

Gred premium – Buah atau sayuran yang bebas daripada kerosakan dan kecacatan
Gred 1 dan gred 2 - Buah atau sayuran yang agak bebas daripada kerosakan dan kecacatan.
Perbezaan diantara Buah atau sayuran gred 1 dan gred 2 ialah kelonggaran maksimum
Ciri-ciri Menentukan Gred

Gred sesuatu keluaran pertanian dapat dibuat berdasakan 5 ciri utama iaitu :
1. Kesegaran
Dalam sesuatu gred, keluaran pertanian hendaklah memiliki tahap kesegaran yang baik dengan kelonggaran diantara 3% - 10 %. Produk yang mempunyai tanda tanda tidak segar adalah dilarang untuk dipasarkan kerana akan menjejaskan kualiti produk lain di dalam lotnya.

Contoh tanda tanda kesegaran ialah :
- Kulit produk yang licin serta
- Tekstur isi yang pejal.
- Tiada tanda kedut dan lisut serta tekstur isi yang lembut
* produk lisut tanda produk tak cukup matang
2. Kematangan
Kematangan hendaklah seragam. Kematangan dianggap seragam apabila hanya satu indeks kematangan atau gabungan indeks yang hampir berada dalam satu lot.
Indeks warna/ kemasakan yang digunakan untuk urusniaga dan pemasaran adalah menggunakan angka seperti indeks 1 hingga indeks 6.
3. Kerosakan
Produk yang menunjukkan tanda tanda kerosakan adalah dilarang sama sekali kerana akan menjejaskan jangka hayat, persembahan dan tekstur dan rasa produk.
Sebarang tanda tanda kecederaan yang dapat dikesan atau tidak di atas permukaan kulit atau isi akibat serangan makhluk perosak, pengendalian yang kurang cermat dan jangkitan penyakit. Kerosakan dapat dilihat daripada 3 aspek iaitu :
a) Kesan kecederaan mekanikal seperti luka, pecah, lebam, calar dan kecederaan dingin - disebabkan pengendalian tidak sempurna.
b) Kesan gigitan atau lubang disebabkan oleh makhluk perosak.
c) Kesan jangkitan penyakit disebabkan organisma mikro, seperti busuk, reput dan berkulat.
4. Kecacatan
Dalam sesuatu gred, keluaran pertanian hendaklah bebas daripada kecacatan dengan kelonggaran diantara 3% - 10 %. Kecacatan dapat dilihat daripada 3 aspek iaitu :
a) Cacat bentuk – bentuk berbeza daripada normal
b) Kotor – terdapat kesan-kesan benda asing yang tidak dibersihkan
c) Cacat rupa - mempunyai kesan pada bahagian lapisan luar yang menjejaskan rupa dan warna.
5. Keseragaman Saiz
Dalam sesuatu gred, keluaran pertanian hendaklah mempunyai keseragaman saiz yang seragam dengan kelonggaran diantara 3% - 10 %. Satu unit pembungkusan dianggap seragam jika berat setiap produk berada di dalam julat yang ditetapkan dalam pengelasan saiz.


*Walau bagaimanapun terdapat kelonggaran (tolerance) bagi membenarkan kehadiran setiap ciri negatif di dalam satu-satu lot.