Agropreneur Muda

JENIS BANTUAN
Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini meliputi:

  1. Geran Agropreneur Muda (GAM)
    • Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada Agropreneur Muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan. 
    • Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. 
    • Hasil dan impak pemberian geran diharap dapat memberi kesan jangkamasa panjang pada perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.
       
  2. Pembiayaan
    Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut:
  • TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
  • Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
  1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan 
    • Khidmat secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat yang dilantik oleh MAFI berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Kumpulan Sasar
Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 - 40 tahun.