Cawangan Komunikasi Korporat bertanggungjawab dalam meningkatkan kefahaman golongan sasar terhadap peranan, program dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh FAMA khususnya dan oleh kerajaan secara amnya, FAMA menerusi Cawangan Komunikasi Korporat melaksanakan pelbagai program komunikasi dan perhubungan awam yang profesional dan dinamik.

Cawangan juga berperanan bagi mengukuhkan jaringan hubungan dua hala di antara FAMA dengan jabatan/agensi/institusi luar secara tidak langsung memperluaskan maklumat berkaitan peranan FAMA di seluruh pelusuk negara.

Cawangan Komunikasi Korporat terbahagi kepada 4 unit utama:

  1. Unit Pengurusan Acara & Khidmat Pelanggan
  2. Unit Publisiti Media & Multimedia
  3. Unit FAMATV
  4. Unit LAKSANA