FUNGSI BAHAGIAN

  1. Membangun dan menambahbaik kualiti hasil pertanian dengan mewujudkan standard keluaran pertanian dan amalan peningkatan kualiti hasil pertanian serta keselamatan makanan di sepanjang rantaian pemasaran. 
  2. Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan amalan penggredan, pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian. 
  3. Bertanggungjawab dalam menguruskan kawalan pasaran bagi memastikan pemasaran hasil petanian yang berkualiti dan selamat di pasaran domestik dan luar negara.  
  4. Menjalankan penguatkuasaan di sepanjang rantaian pemasaran bagi memastikan pematuhan kepada peraturan-peraturan.