OBJEKTIF

  • Mewujudkan amalan pemasaran hasil pertanian yang berkualiti, selamat, adil, telus, teratur dan menguntungkan kepada semua kumpulan sasar menerusi penggunaan teknologi, inovasi serta saluran perkhidmatan yang efisien;
  • Membantu pengguna mendapatkan hasil pertanian berkualiti
  • Mencapai kecemerlangan operasi dan pengurusan dengan menyediakan perkhidmatan melalui aktiviti pelesenan, permit, pengesahan gred, pemantauan SRBRE, dan pentadbiran sistem eSijil 3P berdasarkan Akta dan peraturan-peraturan FAMA;
  • Mengawalselia pemain pasaran hasil pertanian di sepanjang rantaian pembekalan supaya telus dan dapat menghasilkan sistem pemasaran yang cekap dan berkesan; 
  • Membangun dan melaksana rangka kerja pengawalan menyeluruh bagi memastikan hasil pertanian di pasaran tempatan, dieksport atau diimport adalah berkualiti selaras dengan pematuhan standard yang ditetapkan di dalam negara dan antarabangsa;
  • Mengawalselia pengeluaran jenis lesen, permit dan sijil perakuan pematuhan hasil pertanian yang di eksport dan import di bawah Akta Lembaga Pemasaran Persekutuan 1965 (Akta 141) dan peraturan-peraturan di bawahnya.