AgroBazaar Rakyat(ABR)
AGROBAZAAR RAKYAT (ABR)
SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat penyertaan di bawah projek Agro Bazaar adalah berikut :-
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah mengepilkan kad pendaftaran OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Pemohon telah menjalankan perniagaan berasaskan produk-produk Industri Asas Tani (IAT), hasil pertanian segar, pengendalian makanan dan minuman, kraftangan serta lain-lain komoditi yang bersesuaian sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Memiliki modal yang mencukupi dan mempunyai rekod perniagaan yang baik.
- Mempunyai dokumen perniagaan yang sah di sisi undang-undang iaitu :
- Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
- Lesen Perniagaan berkaitan
- Usahawan hanya boleh menjual produk HALAL dan tidak menjual barangan yang menyalahi undang-undang kerajaan Malaysia.
- Usahawan bersetuju mengubahsuai premis sedia ada berdasarkan pelan dan susun atur peragaan barangan jualan mengikut konsep Agrobazaar.
- Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Agrobazaar yang disediakan dan mengemukakan ke Pejabat FAMA yang berhampiran.
INSENTIF
Bantuan Insentif yang ditawarkan di bawah projek Agrobazaar adalah seperti berikut :-
- Naik taraf ruang jualan produk segar
- Pemasangan papan tanda Agrobazaar yang seragam
- Mengecat semula premis di bahagian luar dan dalam premis perniagaan
- Pembekalan peralatan rak-rak peragaan barangan
- Kemudahan ruang bagi menjalankan perniagaan dibawah seliaan pihak FAMA
- Kursus Keusahawanan Agrobazaar seperti kursus Asas Perniagaan, Kejurujualan, Kewangan, Peragaan, Pengurusan stor dan lain-lain yang berkaitan
REKABENTUK PAPAN TANDA
Perancangan rekabentuk signage, signboard, billboard, pylon, pillar / bahan promosi / penetapan imej. Penyediaan rekabentuk signage, signboard dan bahan-bahan promosi perlu dibuat sebelum operasi Agrobazaar bagi perkara seperti berikut;-
- Papantanda perniagaan / signboard
- Papantanda perniagaan pada setiap premis
- Ukuran papan tanda 10’ x 2’ atau mengikut kesesuaian premis
- Berlampu / spotlight (mengikut kesesuaian)
- Menu board/ papan tanda harga
- Menyenaraikan kesemua menu yang dijual dan harga jualan dengan jelas
- Ukuran: mengikut kesesuaian premis
- Kedudukan peletakan : tempat yang mudah dibaca atau dilihat oleh pelanggan
- Signage / tunjuk arah
- Lokasi pemasangan : 1km dan 500m dari lokasi Agrobazaar untuk kedua-dua hala
- Ukuran : Mengikut saiz yang disyorkan oleh pihak PBT /JKR/LLM. Sila rujuk peraturan pemasangan pihak berkuasa tempatan
- Billboard
- Pemasangan mengikut kesesuaian dan mudah dilihat oleh pengguna
- Ukuran : Mengikut saiz yang disyorkan oleh pihak PBT /JKR/LLM. Sila rujuk peraturan pemasangan pihak berkuasa tempatan.
- Lain-lain bahan promosi (Bunting, banner, flagline)
- Pemasangan mengikut kesesuaian dan mudah dilihat oleh pengguna
- Ukuran : Bunting ( 2’ X 5’), Banner (3’ X 15’), Flagline (1’ x 1’) atau mengikut kesesuaian