Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)


BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT FAMA NEGERI
(list pejabat fama negeri)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN AKR
Syarat-syarat penyertaan di bawah projek Agro Bazaar Kedai Rakyat adalah seperti berikut:-

  1. Usahawan mestilah warganegara Malaysia berumur tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.
  2. Pemohon telah mengusahakan perniagaan runcit dan menjalankan aktiviti mengumpul, membeli serta menjalankan aktiviti mengumpul, membeli serta menjual hasil pertanian keluaran kampung.
  3. Mempunya lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang:-
    1. Sijil Pendaftaran Syarikat - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    2. Lesen Perniagaan - Pihak Berkuasa Tempatan (jika perlu)
    3. Lesen Runcit Barang Kawalan - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
    4. Lesen Runcit Beras - Bahagian Kawal Selia Padi & Beras, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.
  4. Mempunyai permis perniagaan sendiri atau disewa sekurang-kurangnya bagi tempoh 3 tahun. Salinan dokumen penyewaan premis hendaklah di sertakan semasa mengemukakan permohonan.
  5. Usahawan mestilah bersedia menerima barangan keperluan yang dibekalkan oleh FAMA merangkumi barangan kawalan, barangan Agromas dan menjualnya pada harga yang telah ditetapkan.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN AKR

  1. Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersedia mematuhi peraturan yang ditentukan oleh FAMA.
  2. Usahawan perlu bersetuju mengubahsuan premis berdasarkan pelan lantai dan peragaan barangan jualan mengikut konsep Agro Bazaar Kedai Rakyat.


INSETIF AKR

  1. Pemasangan sign board
  2. Mengecat semula premis
  3. Kerja-kerja naik taraf ruang jaulan hasil pertanian
  4. Pinjaman peralatan peragaan
  5. Bahan promosi
  6. Kursus keusahawanan


CARA-CARA MEMOHON AKR

  1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Agro Bazaar Kedai Rakyat dan mengemukakan permohonan kepada Pejabat FAMA Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  2. Borang permohonan boleh diperoleh dari Pejabat FAMA Negeri atau Daerah atau dimuat turun dari laman web FAMA di www.fama.gov.my.

 

Pages: 1  2