Program Keusahawanan Agrobazaar Kedai Rakyat & Motosikal Roda Tiga Program Keusahawanan Agrobazaar Kedai Rakyat & Motosikal Roda Tiga

PROGRAM PEMBANGUNAN AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT

Pengenalan
 
Pewujudan Agrobazaar Kedai Rakyat merupakan cadangan Y.A.B Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi berikutan timbulnya isu kenaikan harga barangan asas akibat kenaikan harga minyak yang membebankan kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Mesyuarat Menteri–Menteri Besar Bil. 105, Pada 20 Julai 2008, telah memutuskan supaya ICU-JPM diberi peranan sebagai penyelaras projek Agrobazaar Kedai Rakyat ini, manakala FAMA sebagai agensi pelaksana.
 
Definisi
 
Agrobazaar Kedai Rakyat adalah premis perniagaan milik usahawan yang menjalankan perniagaan barangan keperluan harian secara runcit, dengan menawarkan harga berpatutan dan menampilkan imej yang menarik, tersusun, kemas dan seragam di seluruh negara.
 
Objektif Program Agrobazaar Kedai Rakyat
  • Matlamat penubuhan Agrobazaar Kedai Rakyat adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh orang-orang kampung di samping menjual barangan keperluan asas dengan harga yang telah ditetapkan.
  • Salah satu mekanisma mengatasi kemiskinan dan memberi peluang menambah pendapatan kepada masyarakat setempat.
  • Menawarkan barang keperluan asas dan produk-produk pertanian pada harga patut dan sebagai mekanisma mengawal inflasi di samping memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan.
  • Untuk menggalakkan aktiviti urusniaga produk hasil-hasil pertanian yang diusahakan (Konsep pasaran-pengeluaran-pemasaran) masyarakat setempat selaras dengan kempen kerajaan "Pertanian adalah Perniagaan"
  • Menyediakan outlet pemasaran alternatif kepada masyarakat setempat yang bersifat kekal dan mudah ditemui.
Syarat-Syarat Penyertaan
  • Usahawan mestilah warganegara Malaysia yang telah menjalankan perniagaan serta berumur 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa permohonan.
  • Telah menjalankan perniagaan mengumpul, membeli, menjual hasil-hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman jangka pendek dan ternakan aqua atau hasil-hasil ternakan di samping menjual barangan keperluan asas.
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang:
    • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
    • Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT
    • Lesen Runcit Barang Kawalan
    • Lesen Runcit Beras
  • Memiliki modal yang mencukupi dan mempunyai rekod perniagaan yang baik.
  • Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersedia mematuhi peraturan yang ditentukan oleh FAMA.
  • Komoditi jualan mestilah sekurang-kurangnya 30% barangan segar dan 70% barangan runcit yang terdiri daripada 15 jenis barangan utama seperti berikut:

    Barangan segar Barangan Proses
     4.6.1 Sayur-sayuran   4.6.9 Beras 
     4.6.2 Buah-Buahan   4.6.10 Gula 
     4.6.3 Tanaman Jangka Pendek  4.6.11 Tepung Gandum
     4.6.4 Ulam-ulaman  4.6.12 Minyak masak
     4.6.5 Kelapa  4.6.13 Bihun
     4.6.6 Ayam/Daging  4.6.14 Rempah ratus
     4.6.7 Ternakan akua  4.6.15 Sardin
     4.6.8 Lain-lain ternakan    

     
  • Usahawan mestilah bersedia menerima bekalan 5 jenis barangan keperluan yang dibekalkan oleh FAMA (beras, gula, tepung gandum, minyak masak dan kelapa) dan menjualnya pada harga yang telah ditetapkan.
     
  • Wajib mengikuti kursus pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh FAMA.
Insentif Dalam Projek Agrobazaar Kedai Rakyat
  • Pinjaman pelbagai peralatan yang telah ditentukan dan berkaitan dengan produk
  • Mengecat semula premis bahagian luar dan dalam ruang perniagaan.
  • Papan tanda perniagaan yang seragam
  • Kursus keusahawanan
  • Pembekalan bahan-bahan promosi (bunting,banner,flaglina,beg plastik dan lain-lain)
Antara Agrobazaar Kedai Rakyat yang telah dibuka:
 

Kedai Rakyat Peramu, Pahang

Kedai Rakyat Seksyen 11, Shah Alam
 
Konsep Agrobazaar Kedai Rakyat
 

Konsep Agrobazaar Kedai Rakyat yang akan dibangunkan adalah seperti berikut:

  • Agrobazaar Kedai Rakyat adalah milik usahawan;
  • Mempunyai identiti sendiri;
  • Berperanan mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian orang-orang kampung serta barangan keperluan asas dengan harga yang ditetapkan.
  • Mempunyai keseragaman dari segi rekabentuk papantanda dan warna cat premis perniagaan
  • Peralatan peragaan barangan dan susunatur yang seragam.
  • Operaasi di bawah seliaan FAMA
 
Komoditi Jualan
  • Komoditi yang diurusniaga hendaklah memberi tumpuan kepada barangan keperluan utama seperti yang disyaratkan.
  • Jualan ternakan hidup tidak dibenarkan kecuali ikan air tawar dan ikan hiasan
  • Barangan lain sebagai pelengkap dan daya tarikan dibenarkan dengan kelulusan FAMA
  • Tidak dibenarkan menjual barangan yang menyalahi undang-undang.
  • Menjual produk HALAL sahaja.
 
Cara-cara memohon
 

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Agrobazaar Kedai Rakyat dan mengemukakan permohonan kepada pejabat FAMA Negeri atau Pejabat FAMA Daerah yang berhampiran.

Pemohon boleh memuaturun Borang Permohonan Agrobazaar Kedai Rakyat di sini.

 
Penutup
 

Pelaksanaan projek ini membolehkan lebih ramai usahawan dibangunkan dibawah premis tetap yang berimej seragam dan dapat meningkatkan pendapatan usahawan dalam bidang peruncitan.

Agrobazaar Kedai Rakyat juga mampu berperanan sebagai outlet  yang menawarkan barangan keperluan asas dan produk-produk pertanian pada harga patut sekaligus sebagai mekanisma mengawal inflasi di samping memudahkan masyarakat setempat mendapat bekalan keperluan harian.

19 Oktober 2017 03:06 PM