Maklumat Korporat FAMA Maklumat Korporat FAMA
 
PEMBANGUNAN USAHAWAN
  1. PASAR TANI KEKAL 
    Pasar Tani Kekal adalah satu projek pembangunan bagi menonjolkan kepesatan perubahan dan kemajuan Pasar Tani Runcit. Peserta Pasar Tani Kekal akan ditempatkan di bawah satu bumbung dan mereka akan menjalankan perniagaan setiap hari. Situasi ini akan meningkatkan volume urusniaga dan secara tidak langsung akan eningkatkan pendapatan dan mengurangkan masalah pemasaran hasil-asil pertanian yang dikeluarkan setiap hari. Pasar Tani Kekal akan mengekalkan kedudukan Pasar Tani Runcit iaitu memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan.

     
  2. PASAR KOMUNITI (PAKAR)
    Pasar Komuniti atau PAKAR merupakan "Entry Point Projects (EPP)" yang bertujuan untuk memodenkan pelaksanaan "Pasar" di bawah satu konsep melalui, Pemodenan kaedah niaga penjaja-penjaja di bawah satu bumbung di lokasi yang kekal mengikut kluster dan waktu niaga yang ditetapkan.Penawaran pengalaman membeli-belah dalam konsep moden dan bersih dengan jaminan keselesaan kepada peniaga, penjaja dan pengguna dalam aspek penyediaan premis dan kemudahan asas yang lebih teratur, kemas, selesa dan bersih dengan imej baru.

     
  3. PENGUKUHAN RANGKAIAN PERUNCITAN PASAR TAMU
    Pasar Tamu adalah Pasar yang diadakan secara mingguan di Sabah dan Sarawak bagi menjual barangan Tani.  Di bawah program pengukuhan rangkaian peruncitan Pasar Tamu, FAMA bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mentransformasikan operasi Pasar Tamu tanpa menghilangkan identiti keunikannya. Walaupun Pasar Tamu telah di naik taraf, ia masih mengekalkan budaya setempat serta mempromosikan produk, serta bertujuan untuk menaiktaraf  tahap keusahawan peserta pasar tamu. Walau bagaimanapun, operasi di pasar tamu masih sepenuhnya di bawah kendalian pihak PBT setempat.

     
  4. PASAR TANI
    Pasar Tani telah ditubuhkan sejak 1985 dan bertujuan untuk mewujudkan luang pasaran kepada petani/usahawan bagi memasarkan hasil pertanian mereka terus kepada pengguna.

     
  5. KARAVAN TANI & FOOD TRUCK
    Karavan Tani telah mula beroperasi sejak tahun 2008 bertujuan memodenkan outlet peruncitan secara bergerak dalam memasarkan hasil pertanian dan produk berasaskan pertanian, ianya menampilkan imej van yang seragam dan peragaan produk yang lebih bersih, kemas dan teratur.

     
  6. MYFARM OUTLET
    Program MyFarm Outlet bertujuan meringankan beban rakyat khususnya di kawasan bandar serta pinggir bandar dan mula beroperasi pada tahun 2016. Ianya menawarkan penjimatan diantara 5-20% berbanding pasar awam yang berdekatan bagi komoditi seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, buahan – buahan dan barangan runcit.

     
  7. MOTOSIKAL TIGA RODA (M3R)
    Program M3R bertujuan untuk membangunkan usahawan kecil-kecilan sedia ada menjadi agen pemasaran FAMA, yang menjalankan aktiviti meraih hasil-hasil pertanian yang diusahakan masyarakat kampung dan petani kecil di luar bandar untuk di pasarkan ke pusat-pusat jualan. Program ini memberi tumpuan kepada kawasan pertanian di luar bandar bagi membantu memasarkan hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan secara kecil-kecilan dan sekaligus memberi peluang menambah pendapatan kepada usahawan Motosikal Tiga Roda. Projek ini telah dimulakan sejak tahun 2009.
     
  8. AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (ABR1M)
    AgroBazaar Rakyat1 Malaysia (ABR1M) adalah merupakan premis perniagaan sedia ada milik Agensi Pertubuhan/ Persatuan dibawah naungan Agensi MOA/ataupun usahawan  yang menjalankan perniagaan menjual  barangan segar dan barangan keperluan harian secara runcit dengan menawarkan harga berpatutan, menampilkan imej yang menarik, tersusun, kemas dan seragam diseluruh negara.Premis ABR1M menawarkan harga anggaran 5% hingga 20% lebih rendah daripada harga pasaran setempat bagi sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan ikan.

     
  9. AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKR)
    Agro Bazaar Kedai Rakyat/AKR adalah premis perniagaan milik usahawan yang menjalankan perniagaan barangan keperluan harian dan menjual hasil-hasil pertanian keluaran masyarakat kampung secara runcit dengan menawarkan harga berpatutan, menampilkan imej yang menarik, tersusun, kemas dan seragam di seluruh negara. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2009.

     
  10. AGROBAZAAR R&R
    Projek AgroBazaar R&R adalah rangkaian outlet runcit FAMA di hentian lebuhraya yang berperanan sebagai pusat pemasaran produk proses Industri Asas Tani (IAT) dan buah-buahan tempatan. Projek ini merupakan satu entiti outlet runcit yang dimiliki oleh FAMA dan disewakan kepada usahawan sebagai pusat jualan dan promosi produk Industri Asas Tani. 

     
  11. GERAI BUAH - BUAHAN SEGAR (GBBS)
    GBBS merupakan sebuah premis yang menjalankan aktiviti urusniaga buah-buahan sebagai komoditi utamanya yang dinaik taraf / dibangunkan oleh pihak FAMA dengan mengguna pakai imej korporat projek yang seragam. Premis tersebut adalah premis sedia ada milik usahawan / disewa atau pun premis yang dibangunkan oleh pihak FAMA dan diuruskan/disewakan kepada usahawan dengan syarat-syarat tertentu.

     
  12. MYAGROSIS
    Program yang telah dibangunkan sejak tahun 2011 ini melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Pengajian Tinggi bertujuan untuk melahirkan usahawan generasi muda yang berdaya saing dalam pasaran tempatan dan global serta bagi membentuk komuniti usahawan siswazah komersial yang lebih dinamik. FAMA peneraju program ini untuk UITM, Politeknik dan UNIMAS.

    Pembiayaan Mikro MYAGROSIS Agropreneur Muda
    Diperkenalkan oleh FAMA pada Disember 2015, usahawan, petani, penternak dan nelayan juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pembiayaan tanpa faedah daripada FAMA yang meliputi skop seperti berikut Kualiti  Pembungkusan, Pelabelan & Penjenamaan, Insentif Pemasaran,  Peningkatan Pengeluaran/ Pembangunan Premis/ Ke Arah Persijilan Kualiti, Input Pertanian/Peralatan/Mesin/Bahan Mentah, Pembangunan Francais dan kemudahan peralatan, serta modal pusingan.  Terbuka kepada usahawan berumur 18 -55 tahun. 70% kuota untuk usahawan 18 - 40 tahun dan 30% untuk usahawan berumur 41 – 55 tahun.  Pembiayaan minimum adalah RM10,000 dan pembiayaan maksimum RM50,000 dengan tempoh bayaran balik 1 – 5 tahun.

     
  13. PASAR BERGERAK 1 MALAYSIA
    Projek yang telah bermula sejak tahun 2013. Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah dan sederhana bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan pengguna, di samping mempromosikan produk-produk Industri Asas Tani (IAT). Ianya berkonsepkan pasar mini bergerak menggunakan bas yang telah diubahsuai yang menjalankan perniagaan terus kepada pengguna di pelbagai lokasi terutama di kawasan perumahan rakyat di bandar-bandar utama.

     
  14. MEDAN NIAGA SATOK (MNS)
    Matlamat MNS
    *  Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai hasil pertanian dan industri asas tani.
    * Pusat perniagaan yang menawarkan harga barangan yang berpatutan untuk faedah pengeluar dan pengguna.
    *  Pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat bekalan dan permintaan kepada kumpulan sasar.
    * Pusat sehenti pembangunan keusahawanan pusat Agro-Tourism yang memaparkan kepelbagaian produk makanan yang menjadi daya tarikan unik kepada pelancong.

     
  15. PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC)
    Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan satu tempat yang melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC secara bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4). Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan di RTC dan kawasan 100km radius daripada RTC.  Di bawah pelaksanaan program-program di RTC, sebanyak 8 inisiatif telah dikenalpasti, iaitu:

    Inisiatif 1  –  Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar Bandar
    Inisiatif 2  –  Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia
    Inisiatif 3  –  Pertanian Bernilai Tinggi
    Inisiatif 4  –  Pemprosesan Produk Agro-Makanan
    Inisiatif 5  –  Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanian
    Inisiatif 6  –  Kerjasama Universiti
    Inisiatif 7  –  Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal
    Inisiatif 8  –  Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kepada Penduduk Luar Bandar



    Pelaksanaan kelapan-lapan inisiatif ini diterajui oleh pelbagai Kementerian di samping kerjasama dan sokongan daripada lain-lain Kementerian berkaitan. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan Inisiatif 4, iaitu pemprosesan produk agro-makanan, pengusaha-pengusaha produk industri asas tani dibantu dalam pembangunan produk mereka melalui penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan persijilan dengan bantuan pelbagai agensi, antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), MARDI dan Jabatan Kesihatan.
Pages: 1  2  3  

15 Disember 2017 09:17 AM