makluman

** Halaman ini dalam proses pengemaskinian. Harap maklum.

LATAR BELAKANG

Unit Undang-undang ditubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan pengujudan dua jawatan baru iaitu Pegawai Undang-undang (L41) dan Pembantu Undang-undang (L29).

Dengan arus perubahan dalam perjawatan, jawatan Pegawai Undang-undang (L41) telah dijumudkan dan perjawatannya telah diubah kepada skim E41/44. Jawatan Pembantu Undang-undang (L29) pula telah diubah kepada Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E29).

Kini, setelah perubahan dari semasa ke semasa, Unit Undang-undang terdiri daripada empat (4) orang kakitangan iaitu seorang Pegawai Undang-undang (KUP-L44), dua orang Pegawai Ehwal Ekonomi (E41) dan seorang Pembantu Tadbir (N19). Unit ini diletakkan di bawah seliaan Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) (JUSA C).