Perlaksanaan Ladang Kontrak

Definasi Program Ladang Kontrak:-
Satu ikatan persetujuan di antara pemasar dengan pengeluar melalui:-

  • FAMA menjamin pasaran melalui belian terus berasaskan terma dipersetujui, atau
  • FAMA mengatur pasaran, atau
  • FAMA menjadi fasilitator kepada jabatan yang membimbing peserta yang berurusan terus dengan pemasar di mana petani perlu membekalkan produk mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam terma perjanjian yang dipersetujui bersama.

Komoditi sayur-sayuran dan buah- buahan yang disyorkan di dalam program ini adalah seperti berikut :

12 Jenis Sayur-Sayuran
  1. Bendi
  2. Cili
  3. Halia Tua
  4. Kacang Buncis
  5. Kacang Panjang
  6. Kobis
  7. Ketola Segi
  8. Terung
  9. Timun
  10. Tomato
  11. Labu
  12. Cendawan Shiitake
     
17 Jenis Buah-Buahan
  1. Belimbing
  2. Betik
  3. Durian
  4. Jambu Batu
  5. Limau
  6. Mangga
  7. Nanas
  8. Nangka
  9. Cempedak
  10. Pitaya
  11. Pisang
  12. Rambutan
  13. Tembikai
  14. Longan
  15. Dokong
  16. Manggis
  17. Dabai
     
7 Jenis Tanaman Pelbagai
  1. Jagung Manis
  2. Keledek
  3. Roselle
  4. Ubi Kayu
  5. Tebu
  6. Kelapa
  7. Kopi
     
Penentuan harga belian produk ladang kontrak melalui perjanjian jual beli adalah:
  • Belian pada harga tetap
  • Belian pada harga semasa disokong dengan harga lantai