LATAR BELAKANG

Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) FAMA bertanggungjawab dalam membangunkan pemasaran produk keluaran usahawan yang terlibat di dalam aktiviti pengeluaran dan pemprosesan produk IKS dan Agro-Makanan berasaskan tanaman, perikanan dan ternakan bagi menambah nilai selari dengan kehendak pasaran.

Bahagian ini mempunyai 4 cawangan teras iaitu :

  1. Cawangan Produktiviti & Jaringan Industri
  2. Cawangan Ekosistem & Pembangunan Industri
  3. Cawangan Transformasi & Modenisasi Industri
  4. Cawangan Pemerkasaan Kapasiti Industri