Bahasa Malaysia |  

For disability access, select any text and click the button below

PENGELUARAN LESEN EKSPORT BUAH

Peraturan yang  terlibat

Peraturan - Peraturan Lembaga Pemasaran     Pertanian Persekutuan (Pelesenan Pengeksportan Buah-Buahan, 1990)
Keperluan Peraturan Lesen
Tempoh sah lesen Satu tahun daripada tarikh dikeluarkan
Kawasan dikuatkuasakan Seluruh Malaysia

 

Siapa Perlu Mendapatkan Lesen
Pengeksport buah belimbing dan betik Eksotika

Syarat-Syarat Permohonan

  •     Pemohon mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  •     Mempunyai premis perniagaan yang sesuai dengan jenis perniagaan yang dilakukan
  •     Mempunyai pengalaman dalam pengekspotan buah.
  •     Mempunyai kelengkapan perniagaan seperti alat timbang, bahan pembungkusan, pengangkutan dan lain-lain.

 

Cara Memohon


Permohonan Baru
Isi Borang LB1 (1 salinan) dan hantar ke Ibu Pejabat FAMA.  Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan Pejabat FAMA Negeri. Dokumen berikut perlu disertakan:

 

  •     Dua keping gambar pemohon berukuran pasport
  •     Salinan maklumat pendaftaran perniagaan terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  •     Yuran proses lesen sebanyak RM10.00 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
  •     Bayaran Lesen: RM100.00 setahun dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.


Permohonan Pembaharuan Lesen
Isi Borang LB2 (1 salinan) dan hantar ke ibu pejabat FAMA.  Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan Pejabat FAMA Negeri. Dokumen berikut perlu disertakan:

 

  •     Salinan maklumat pendaftaran perniagaan terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia  (SSM).
  •     Yuran proses lesen sebanyak RM10.00 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
  •     Bayaran Lesen: RM100.00 setahun dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.