Soalan Lazim

LADANG KONTRAK
Jawapan :
Program Ladang Kontrak adalah salah satu mekanisme untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal.

Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM Sabah) dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak (KPP Sarawak) sebagai pengeluar dan FAMA/LPNM sebagai pembeli dan juga sebagai pemudahcara. Pembeli lain dalam program ini adalah pihak swasta yang terdiri dikalangan pengeksport, pasaraya, pemproses, pemborong dan sebagainya. Dalam program ini petani bersetuju mengeluarkan hasil tanaman pada kuantiti, kualiti dan jadual hantaran yang ditetapkan dan pembeli-pembeli bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman pada harga yang dipersetujui bersama.

Bagi pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang kelompok di samping usahawan dan pengeluar individu di bawah Jabatan/Agensi dan pengeluar individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM).
Jawapan :
Antara faedah yang dinikmati oleh peserta Projek Ladang Kontrak adalah:
  • Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
  • Menjana dan menambah pendapatan
  • Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih baik sistematik daripada agensi dan jabatan
  • Jaminan khidmat nasihat kemudahan kredit modal melaksanakan projek
  • Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.
Jawapan :
Pemohon boleh mendaftar dengan mengisi borang permohonan Ladang Kontrak yang boleh didapati di mana-mana agensi/jabatan yang terlibat dengan Ladang Kontrak. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar mengikut projek:
 
Projek Kelompok Jabatan Pertanian
LPP/PPK Projek LPP/PPK
Projek Nanas LPNM
Projek Swasta/Individu FAMA


Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja oleh Jawatankuasa Ladang Kontrak. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pengesahan menyertai Program Ladang Kontrak oleh FAMA beserta dengan dokumen ikatan kontrak. Bagi mengetahui syarat-syarat dan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan, sila layari laman web FAMA di www.fama.gov.my
MYAGROSIS
Jawapan :
Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS) diwujudkan pada 17 Disember 2011 untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memberikan pendedahan dan dorongan kepada mereka menceburi bidang keusahawanan pertanian dan agromakanan. Kelab MYAGROSIS ditubuhkan oleh pelajar IPT dan dibimbing oleh semua Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makannan (MAFI). Melalui usaha ini, diharapkan supaya pelajar yang menyertai Kelab MYAGROSIS dapat meneruskan transformasi pertanian dan agromakanan ke arah sektor yang lebih moden, dinamik serta berdaya saing pada masa akan datang.
Jawapan :
  • Memupuk minat dalam bidang keusahawanan pertanian di kalangan pelajar IPT.
  • Memberi pendedahan asas kepada pelajar IPT dalam bidang pertanian yang boleh dijadikan sebagai pilihan kerjaya yang utama.
  • Memberi kesedaran kepada pelajar IPT tentang peranan dan perhatian Kerajaan terhadap kepentingan golongan belia dan pelajar sebagai pelapis serta pewaris bangsa dan negara dalam kemajuan industri agromakanan negara.
  • Membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani dan asas tani di kalangan pelajar.
  • Mendorong kelahiran usahawan tani yang moden, dinamik dan berdaya saing di kalangan graduan IPT.
Jawapan :
PROJEK-PROJEK MYAGROSIS Melalui Kelab MYAGROSIS di IPT, pelajar yang berminat akan menjadi ahli dan menerima Kad Keahlian MYAGROSIS yang akan dikeluarkan oleh pihak Agrobank. Projek-projek berasaskan kepada pertanian dan keusahawanan akan dipilih dan dijalankan di dalam kawasan IPT secara bersama dengan Jabatan dan Agensi di bawah MAFI sebagai pembimbing yang telah dipadankan bagi setiap IPT. Keuntungan projek yang dijalankan akan disalurkan ke dalam akaun Kelab sebagai modal pusingan pengurusan projek seterusnya. Projek-projek lain di bawah pelaksanaan Kelab MYAGROSIS adalah:
  • Agro Niaga - Merangkumi bidang pertanian, peruncitan, pemprosesan, pemasaran dan industri asas tani.
  • Agro Ladang - Merangkumi bidang penanaman, perikanan, penternakan, landskap dan florikultur.
  • Agro Inovasi – Merangkumi bidang pertanian berasaskan kreatif tani, inovasi R&D, pelabelan, pembungkusan dan pembaharuan produk serta pemodenan mesin-mesin asas pertanian yang bersaiz kecil.
LATIHAN INDUSTRI
Jawapan :
Pelajar yang berminat untuk menjalankan latihan industri di FAMA hendaklah membuat permohonan rasmi dengan melampirkan perkara seperti berikut:-
  • Resume lengkap gambar
  • Surat permohonan rasmi dari IPT
  • Surat setuju tidak menuntut elaun
  • Transkrip / Senarai subjek
  • Borang jawapan rasmi dari IPT
PERMOHONAN DI IBU PEJABAT FAMA
Permohonan tersebut boleh dihantar secara email ke : bahagianpmi@fama.gov.my

Atau

Permohonan dihantar secara pos atau walk in ke alamat berikut :-
Unit Latihan Industri Bahagian Pembangunan Modal Insan FAMA Lot 26- 33, Jalan 2/6, Bangunan SAP Dataran Templer, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

 

PERMOHONAN DI NEGERI
Sila hubungi Pegawai Latihan Industri di Pejabat FAMA Negeri seluruh Malaysia.

 

TEMPOH MASA PERMOHONAN
Permohonan perlu dibuatselewat- lewatnya sebulan sebelum tarikh latihan.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
  • En. Affandi bin Sufian
    No tel : 03-6126 4073
  • Pn. Nor Azrin binti Samsuddin No tel : 03-6126 4080
  • En. Amir Muzaffar bin Za’aba No tel : 03-6126 4067
REGULATORI
Jawapan :
Definisi 3P adalah Peraturan FAMA berkaitan dengan Pembungkusan, Penggredan dan Pelebelan hasil pertanian. Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang terlibat perlu mengikut peraturan ini sebelum dipasarkan.
Jawapan :
  • Program peningkatan kualiti keluaran pertanian melalui Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.
  • Memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum ia dipasarkan (di dalam negeri, dieksport atau diimport).
  • Peraturan 3P ini diterima pakai di peringkat global, penekanan kepada fair trade.
Jawapan :
Kumpulan sasar yang diwajibkan mematuhi peraturan ini adalah Pengeksport, Pengimport, Pemborong dan Peruncit. 7 komoditi yang terlibat:
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Bunga-bungaan
  • Kekacang
  • Kelapa
  • Bijiran
  • Tebu
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi FAMA di www.fama.gov.my atau hubungi Bahagian Regulatori di talian 03-6126 2020.
KOMUNIKASI KORPORAT
Jawapan :
Pelanggan boleh menyalurkan sebarang pertanyaan / aduan melalui:
Jawapan :
Bagi yang berminat untuk membuat lawatan / kunjungan hormat / rombongan berinformasi ke FAMA, sila buat permohonan rasmi secara bertulis kepada Ketua Pengarah FAMA di alamat berikut:-

Ketua Pengarah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunana FAMA Point, Lot 17304
Jalan Persiaran Satu, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Jawapan :
Permohonan bagi tajaan boleh dibuat melalui permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah FAMA. FAMA hanya memberi sumbangan dalam bentuk BARANGAN SAHAJA dan boleh email ke fama@fama.gov.my.
FAMACORP SDN. BHD.
Jawapan :
FAMA Corporation Sdn. Bhd atau FAMACORP merupakan anak syarikat kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), sebuah agensi pemasaran di bawah MAFI. Syarikat ini telah diperbadankan pada 15 Ogos 1994. FAMACORP berperanan untuk mewujudkan pemangkin dan pembolehdaya suasana sedemikian rupa supaya pemasaran komoditi, produk keluaran pertanian dan industri asas tani dapat berkembang di dalam dan luar negara yang seterusnya mampu meningkatkan daya saing usahawan ke peringkat yang lebih baik.
Jawapan :
Eksport: Memasarkan dan mengedarkan produk makanan dan minuman jenama AGROMAS dan ANGGEREK dan memperkasakan lagi jenama ini ke pasaran tempatan dan antarabangsa. 

Import: Melaksanakan aktiviti mengimport hasil pertanian segar seperti kobis dan kelapa. 

Original Equipment Manufacturer (OEM):  Kilang Kopi FAMA Banting memberi peluang untuk perkhidmatan OEM kepada syarikat yang berminat.

Menjalankan urusniaga pasar borong dan membekalkan buah-buah tempatan terutamanya buah Rockmelon kepada pemborong dan peruncit.

Original Equipment Manufacturer (OEM):  Kilang Kopi FAMA Banting memberi peluang untuk perkhidmatan OEM kepada syarikat yang berminat.

Peruncitan: Rangkaian outlet runcit yang berperanan untuk memasarkan produk Industri Asas Tani dan produk keluaran jenama AgroMas sendiri. Berikut adalah rangkaian outlet Agrobazaar di bawah seliaan FAMACORP:
  • Agrobazaar Perlis (Taman Sena Indah)
  • Agrobazaar R&R Ayer Keroh
  • Agrobazaar R&R Arah Selatan & Utara
  • Agrobazaar Ulu Bernam
  • Agrobazaar Chendering
  • Agrobazaar Sendayan
  • Agrobazaar FAMA Point
GALAKAN PASARAN
Jawapan :
Setiap program promosi FAMA akan di umumkan di laman sesawang rasmi FAMA iaitu (www.fama.gov.my atau media sosial facebook FAMA Malaysia (Laman Sosial Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
Jawapan :
Untuk mengeksport durian sejuk beku ke Republik Rakyat China, pusat memproses durian tersebut terlebih dahulu perlu mendapat akreditasi daripada General Administration of Customs of Republic of China (GACC) dan permohonan akreditasi boleh dibuat melalui Jabatan Pertanian Malaysia (DoA). Selain itu, sumber bekalan durian perlu diperolehi daripada ladang berstatus MyGAP. Untuk maklumat lebih lajut boleh rujuk panduan mengeksport durian sejuk beku ke China di link berikut http://www.fama.gov.my/pengeksportan-isi-durian-sejuk-beku-ke-china.
Jawapan :
Untuk mengeksport produk makanan ke luar negara, pengeksport terlebih dahulu perlu mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa makanan di destinasi ekport. Maklumat tersebut boleh diperolehi melalui pegimport/ agen pemasar di sana. Panduan mengeksport produk makanan proses secara am boleh di rujuk di link berikut http://www.fama.gov.my/panduan-pengeksportan-produk-pertanian-makanan-proses.
PEMBANGUNAN INSTITUSI PEMASARAN
Jawapan :
Usahawan pengeluar boleh memasarkan terus hasil-hasil tanaman ke :                     

 

Jawapan :
  1. Sila hubungi Bahagian Pembangunan Istitusi Pemasaran FAMA Ibu Pejabat di talian 03-61262020 (ext:4078,4093,4090,4092,4070,4091) atau di FAMA Negeri yang berdekatan.                                            
  2. Kirim pesanan di laman facebook rasmi kami : https://www.facebook.com/BahagianPIP
Tarikh kemaskini: Rab, 02-06-2021